KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan akan berpecah selepas PKR menamakan presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Perdana Menteri.Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, parti-parti pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan terutamanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak bersetuju Wan Azizah dilantik sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada PRU ke-14 akan datang.
"Menamakan Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri pasti akan mencetuskan 'perang besar' dalam pakatan tersebut."PPBM tidak akan bersetuju dengan usaha tersebut kerana parti itu juga mempunyai calonnya tersendiri yang mereka anggap sebagai paling layak menduduki kerusi Perdana Menteri."Onar pembangkang semakin terbuka dan memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sejauhmana kejujuran mereka berpolitik. Wan Azizah telah dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri untuk tempoh sementara bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ipahim yang kini berada di tabir besi," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman umnobahagiancheras.